Untuk Menderma

Ma’had Ehya Essunnah Al-Muhammadiah Sadau معهد إحياء السنة المحمدية سداو Bank Islam Malaysia Berhad ( 98127-X ) بنك اسلام ماليزيا برحد Account No : 02-039-01-004205-8 : رقم حساب

Monday, March 28, 2011

PERBELANJAAN PEMBINAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين  والصلاة والسلام على رسوله الأمين  وعلى أله وصحبه أجمعين

Rancangan menyiapkan pembinaan bangunan baru tiga tingkat sebanyak 18 bilik bagi keperluan pelajar -pelajar Maahad Ehaya Essunnah Almuhammadiah Sadau.

Alhamdulillah sampai hari ini telahpun selesai kerja-kerja tiang sebanyak 44 batang yang mana menelan belanja lebih kurang   RM95,000   sebagai rancangan Fasa Pertama   dan Fasa Kedua akan membuat bim tingkat kedua serta akan menyiapkan lantai-lantainya  empat bilik.

Keperluan perbelanjaan mengikut harga meter persegi  (Empat bilik sekolah  320  meter persegi)

Bil.              Alat-alat                                                    Harga            Jumlah
                                                                                         (RM)               (RM)

1.    Harga Lantai 320 meter persegi (1 menter persegi)  29.50         9,400.00
2.    Harga Semen 28 Q (1 Q)                                   170.00         4,760.00
3.    Jaring besi 320 meter persegi (1 meter persegi)        4.00         1,280.00

                   Jumlah Besar                                                           15,400.00 
        
Kami  merayu  kepada kaum Muslimin/Muslimat dan Muhsinin/Muhsinat  agar dapat memberi bantuan  sebanyak anggaran tersebut semuga kami dapat menyiapkan empat bilik sekolah tersebut untuk keperluan pelajar-pelajar  kami pada tahun ini.   
Wassalam

HAJI  YAHYA  YUNUS BIN HASAN
MUDIR 

Monday, August 9, 2010

Gambar atas guru-guru dan kakitangan dan gambar
di bawah semasa perhimpunan pelajar Ma'had Ehya
Elsunnah Al-Muhammadiah Sadao pada 14 Mac 2011

معهد احياء السنة المحمدية سداو
SAMAKISAST WITTAYA SCHOOL
M.5 T. SAMNAKKHAM A. SADAO CH.SONGKHLA 90320
S. THAILAND Tel.: TH. 0-7430-1206
HP. 08-9738-3963
HP: 019 5228455 - Ustaz Kamaruddin Kassim
HP : 013 4815577 -  Cikgu Shakir Taha
E-mail : ehya_essunah@hotmail.com / ehyaelsunnah@gmail.com

SUKARELAWAN GURU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS)

SUKARELAWAN GURU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DIPERLUKAN SEGERA UNTUK MEMBANTU MEMPERKASAKAN PERKEMBANGAN ILMU DI MAAHAD EHYA’ ASSUNAH AL-MUHAMMADIAH SADAO WILAYAH SONGKHLA THAILAND. MAKLUMAT LENGKAP UNTUK BAHASA INGGERIS, BOLEH HUBUNGI CIKGU SHAKIR TAHA 0134815577 (EMAIL: shakirtaha@gmail.com) & BAHASA MELAYU USTAZ KAMARUDDIN KASSIM 0195228455 (email: kama54us@yahoo.com / Facebook : KAMARUDDIN KASSIM). Sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam/Dan Nok 6 KM ke Maahad Ehya’ Assunnah.              

SEJARAH RINGKAS DAN RANCANGAN BARU PEMBINAANNYA

مشروع بناء
معهد إحياء السنة المحمدية سداو

سونجكلا - جنوب - تايلاند



SEJARAH RINGKAS DAN RANCANGAN BARU PEMBINAANNYA
SAMAKISAST WITTAYA SCHOOL

M.5 T. SAMNAKKHAM A. SADAO CH.SONGKHLA 90320
S. THAILAND Tel.: TH. 0-7430-1206
HP. 08-9738-3963
E-mail : ehya_essunah@hotmail.com
ehyaelsunnah@gmail.com
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلى أله وصحبه أجمعين



Pada tahun 2006 telah selesai membina bangunan sekolah tiga tingkat dan Masjid Annuur

Maka di saat itu syiaar sekolah atau Pondok Prutiu semakin hari semakin cemerlang di kalangan umat Islam di Daerah Sadao dan Wilayah Songkhla serta juga wilayah berdekatan dengannya menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini .

Dengan kecemerlangan ini maka pelajar putera-puteri bertambah di setiap tahun supaya dapat mempelajari ilmu agama dan akademik

Setelah sekolah mendapat sambutan baik di kalangan umat Islam maka terpaksalah Ahli Jawatankuasa sekolah membuat keputusan untuk membina lagi sebuah sekolah tiga tingkat sebanyak 18 bilik dengan anggaran belanjawan lebih kurang RM1,200,000 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja.)

Seruan kami kepada Ahlul khairi dan Muhsiniin supaya dapat memberi sumbangan segera untuk membina bangunan sekolah tersebut agar dapat memenuhi permintaan umat Islam supaya anak-anak dapat belajar ilmu agama dan akademik bersama-sama di sekolah kami ini

والسلام على من اتبع الهدى

…………………………………….

(Yahya Yunu Bin Hasan)
Mudir Maahad Ehya Essunnah Almuhammadiyah-Sadau

RANCANGAN PEMBINAAN
MAA'HAD EHYA ESSUNNAH EL-MUHAMMADIAH SADAO.

MUQQADIMAH

Sekolah ini terletak di Daerah Sadao Wilayah Songkhla, Selatan Thailand yang mana jarak lebih kurang 50 kilometer dengan Hadyai dan berjarak 6 kilometer dari Bukit Kayu Hitam yang merupakan kawasan sempadan Thailand dan Malaysia dengan mengunakan kawasan pembangunan Sekolah seluas 13 ekar tanah sukatan Thai yang di wakafkan oleh penduduk Muslim / Muslimat di sekitar Daerah tersebut .

SEJARAH ( RINGKAS )

Memandangkan kepada keperluan pendidikan Agama di kawasan ini, maka telah diadakan persidangan umum yang di sertai oleh Alim Ulama tempatan pada tarikh 14 Sya’ban 1407 Hijrah bersamaan 12 April 1987 Masihi. Berikutan dengan persidangan tersebut, maka tertubuhlah sebuah sekolah Agama yang bernama “ MA’HAD EHYA ES-SUNNAH EL-MUHAMMADIAH SADAU ” yang memulakan peranan aktiviti mengajar pada 15 Sya’ban 1408 Hijrah yang mana hari pembukaannya dihadiri oleh Tuan Hj.Abdul Aziz Pitakumpul bin Ismael selaku yang di Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan juga di hadiri oleh Ustaz Marwan Samaun selaku Timbalan Syaikhul Islam Thailand ( dari Bangkok )

PENGENALAN RINGKAS

1. NAMA

MA’HAD EHYA ES-SUNNAH EL-MUHAMMADIAH SADAU Dengan nama bahasa Thai SAMAKISAST WITTAYA SCHOOL

2. ALAMAT

39/1 Kampong Peru tiau, Tempat 5,Mukim Samnakkham, Daerah Sadao,Wilayah Songkhla 90320

Tel. : TH. 0-7430-1206 HP. 08-9738-3963
E-mail : ehya_essunah@hotmail.com ehyaelsunnah@gmail.com
Blog : http://ehyaelsunnah.blogspot.com/

3. OBJEKTIF

i. Menyampaikan ajaran yang sejajar dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ( s.a.w.)
ii. Mendidik individu umat Islam ke arah keperibadian Islam yang luhur mengikut adab dan akhlak yang sempurna
iii.Memberi kefahaman Islam kepada muda-mudi umat Islam serta menghidupkan ilmunya,  aqidahnya dan  kemajuannya.
iv. Memberi latihan kepada pemuda-pemudi supaya hidup secara Islam yang tulin dan membangun masyarakat Islam
v. Menyeru kepada Agama Allah dengan menyebarkan dan beramal dengan segala hukumnya dan berusaha meninggikan kalimahNya.

RANCANGAN BARU PEMBINAAN SEKOLAH

Pada tarikh 15hb September 1999, sekolah ini telah mendapat lesen rasmi dari Kerajaan Thailand. Nombor lesen SK.5/2542 untuk membuka sekolah akademik.

Maka pihak sekolah dapat mengajar pelajaran Akademik dan Agama dalam masa yang sama. Sambutan baik diterima dari pihak Ibu-bapa dengan menghantar Anak – anak mereka untuk belajar di sini .

Oleh yang demikian, pihak sekolah merasakan sangat perlu untuk menambah satu lagi bangunan sekolah baru tiga (3) tingkat kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak mencukupi keperluan pelajar lelaki dan wanita.

Dengan ini pihak Ahli Jawatankuasa sekolah telah membuat keputusan membina sebuah lagi bangunan sekolah tiga tingkat 18 bilik darjah yang mana akan menelan belanja lebih kurang RM1,200,000 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja)

SERUAN KAMI

Seruan kami kepada ahli kebajikan dan penderma juga badan kebajikan Islam supaya memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk demi menjayakan rancangan tersebut. Pihak kami juga bersedia menyambut kedatangan pihak tertentu yang berhasrat untuk membuat kajian dan persetujuan bagi membantu menjayakan rancangan tersebut.

Terlebih dahulu kami ucapkan ribuan terima kasih kedatangan tuan puan.

Wassalam


…………………….………………………..
( Hj. Yahya Yunu Bin Hasan )
Mudir Dan Yang DiPertua Ahli Jawatankuasa

Wakaf Pembinaan Bangunan Sekolah Baru

معهد احياء السنة المحمدية سداو


SAMAKISAST WITTAYA SCHOOL

بسم الله الرحمن الرحيم



وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ يُوَفَّ اِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ تُظْلَمُوْنَ



Dan apa sehaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah , Allah akan di sempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan di annyanyai .( Al-Anfaal:60)



Bahawa sesungguhnya Tun/Tan Sri/Dato’/Datin/YB/Tuan/Puan/Saudara/saudari_________________________________ Telah membeli___________________kaki persegi daripada binaan Sekolah Samakisast Wittaya dengan harga RM 50.00 sekaki persegi Dengan ini diakui penama yang tersebut di atas menjadi ahli waqaf binaan sekolah ini.

Sekolah ini terletak di sempadan Utara Malaysia Thailand Jalan Bukit kayu Hitam - Hadyai.

Semuga Allah membalas ganjaran pahala diatas amal baik anda itu di akhirat nanti dan menempati bersama para – para solihin


امين يا رب العالمين

Pengerusi pembinaan

HJ.YAHYA YUNU BIN HASAN

Thursday, August 5, 2010

Sekolah Agama Swasta atau Sekolah Agama Rakyat

(dipetik dari e-pondok)

Melalui sistem pengajian ini, pembelajarannya merangkumi dua bidang iaitu agama dan akademik. Pelajaran agama diajar pada sebelah pagi, manakala pelajaran akademik di sebelah petang.


Pelajaran agama ialah untuk murid tahun Satu hingga 10. Pelajaran akademik pula untuk tingkatan 1 hingga enam.

Tenaga pengajarnya kebanyakannya terdiri daripada guru-guru lepasan pusat pengajian agama atau universiti luar negara seperti Jordan, Syria, Mesir, Indonesia dan Malaysia. Sekolah ini biasanya mendapat bantuan penuh kerajaan.

Sekolah agama rakyat yang belum dijadikan yayasan akan mendapat 60 peratus bantuan kerajaan.

Wang bantuan daripada kerajaan dan yuran 6,000 baht (RM60) sebulan daripada para pelajar ini digunakan untuk membayar gaji guru-guru dan menampung kos operasi sekolah berkenaan.

Para pelajar sekolah ini mempunyai peluang belajar yang luas setelah menamatkan pengajian. Mereka boleh menyambung pelajaran ke universiti luar negara seperti al-Azhar di Mesir, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM) atau Kolej Universiti Insaniah  (KUIN) di Kedah.

Para pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di universiti-universiti luar negara ini akan pulang menjadi guru di sekolah-sekolah berkenaan.

Fokus utama pelajaran akademik di sekolah agama swasta (rakyat) ini ialah bagi membolehkan para pelajarnya menguasai bahasa Thai, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab dengan baik.

Berdasarkan sistem pengajian agama yang ditawarkan, masyarakat Islam di Selatan Thai mempunyai tiga pilihan, selain sekolah kerajaan untuk menyekolahkan anak-anak mereka

Sekolah Tradisional (Sekolah Pondok)

Lebih dikenali dengan sistem pengajian pondok lama, cara pembelajaran ini tidak mempunyai sistem tertentu. Para pelajar cuma menadah kitab sahaja.

Tidak ada peperiksaan dan tidak berpusat. Melalui sistem ini, para pelajar hanya mendengar apa sahaja yang diajar oleh tok guru.

Sistem pengajian ini menguasai lebih 90 peratus pengajian agama di Selatan Thai. Para pelajarnya tidak dihadkan umur belajar. Mereka boleh belajar sampai bila-bila. Mereka akan tinggal di asrama yang berbentuk pondok kecil di kawasan pusat pengajian tersebut.

Pelajaran yang diajar lebih fokus kepada pengajian kitab-kitab lama dan amalan asas dalam Islam seperti fardu ain, fardu kifayah, nikah kahwin dan lain-lain lagi sebagai memenuhi keperluan kehidupan umat Islam.

Biasanya, di pondok tradisional ini, para pelajarnya terdiri daripada pelajar lelaki. Terdapat juga pondok-pondok yang menerima pelajar perempuan dan wanita warga emas sebagai pelajar.

Dengan dikenakan sedikit bayaran semasa mendaftar, mereka kemudiannya akan belajar secara percuma selagi mereka mahu.

Bagaimanapun, makan minum dan perbelanjaan adalah atas urusan sendiri.

Bagi wanita warga emas yang kebanyakannya ibu tunggal, pondok tradisional ini merupakan tempat mereka menuntut ilmu akhirat sementara menghabiskan sisa-sisa usia.

Di beberapa pondok tradisional, para pelajar juga diajar dengan mata pelajaran kemahiran hidup, pertukangan tangan dan sebagainya sebagai persediaan untuk mereka memulakan kehidupan apabila berhenti belajar.

Biasanya sekolah pondok ini mempunyai asrama bagi menempatkan para pelajarnya. Asrama ini adalah dalam bentuk pondok-pondok kecil yang boleh memuatkan dua hingga lima orang dan dibina secara tersusun.

Kebanyakan pondok ini dibina seragam menggunakan dinding kayu atau buluh, berlantaikan buluh, kayu atau batang nibung, sementara atapnya daripada daun rumbia atau zink.

Tidak ada bekalan elektrik di pondok-pondok ini. Para pelajarnya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam. Ruang di dalamnya hanya cukup menempatkan dua hingga empat pelajar dan tidak ada kerusi meja atau almari.

Sebuah surau atau masjid dibina yang bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga kelas pengajian dan pusat aktiviti harian bagi penghuni-penghuni sekolah pondok.

Bekalan elektrik di surau dan bangunan pentadbiran yang juga menempatkan dewan diperoleh melalui janakuasa kecil.

Madrasah

Mengajar pelajaran agama sahaja dan tidak ada pelajaran akademik lain. Para pelajarnya terdiri dari pelajar kelas satu sehingga kelas 10 berdasarkan senioriti. Biasanya pelajar di madrasah berumur antara 13 dan 21 tahun.

Kerajaan Thai mensyaratkan semua kanak-kanak mendapat pendidikan wajib di sekolah kerajaan dari usia 7 tahun sehingga 13 tahun (kini dilanjutkan kepada 15 tahun).

Pendidikan Islam di Selatan Thailand

SELATAN Thai sinonim dengan sistem pengajian sekolah pondok sejak berabad-abad lamanya. Sistem sekolah pondok ini juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ulama terkenal nusantara.

Sekolah pondok adalah sistem pendidikan tradisional yang juga banyak diamalkan di Malaysia dan Indonesia yang memberi fokus kepada pengajian Islam. Di Indonesia sekolah pondok juga di kenali sebagai Pesantren.

Di Selatan Thai, sistem pondok yang diamalkan tidak ada had usia bagi mereka yang ingin belajar tanpa mengira latar belakang mereka. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Di sekolah pondok juga menekankan asas-asas ibadah (fardu ain) seperti sembahyang, bersuci, anak soleh, suami isteri dan juga bab syurga neraka.

Sebelum 2004, sesiapa sahaja boleh mendirikan sekolah pondok di Thailand. Tetapi apabila berlaku krisis di selatan negara itu, pihak berkuasa mula mewajibkan pengusaha sekolah pondok mengambil permit untuk mendirikan sekolah berkenaan.

Ini bertujuan memantau perkembangan sekolah pondok, selain mengawalnya daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Sehingga Mei 2004, terdapat 214 buah pondok berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Thailand.

Sistem pengajian pondok menjadi pilihan utama bagi penduduk-penduduk di lima wilayah (Satun, Songkhla, Yala, Pattani & Narathiwat) yang dihuni oleh majoriti orang Islam di Selatan Thai untuk menghantar anak mereka mendapatkan pelajaran.

Penduduk-penduduk di wilayah berkenaan iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Songkhla lebih berminat mendaftar anak-anak mereka di sekolah agama seperti pondok dan madrasah berbanding sekolah bantuan penuh kerajaan.

Pada masa ini, lebih 70 peratus pelajar Islam di Selatan Thai menuntut di 6,000 sekolah agama, manakala kira-kira 30 peratus lagi belajar di sekolah kerajaan.

Kesan daripada itu, bilangan anak orang Melayu Islam yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti sama ada dalam negara atau luar negara amat rendah berbanding dengan orang Thai Buddha dan lain-lain kaum.

Mengapa keadaan ini berlaku dan masih berlanjutan sehingga kini? Ini sebenarnya berpunca daripada tanggapan lama bahawa belajar di sekolah kerajaan akan menyebabkan anak-anak ‘dithaikan’ atau mereka akan menjadi kafir.

Lagipun anak-anak orang Islam dinafikan mendapat pendidikan Islam di sekolah. Ibu bapa bimbang jika anak-anak dihantar ke sekolah kerajaan, mereka mungkin lupa asal-usul mereka sebagai orang Islam.

Inilah kebimbangan-kebimbangan yang menghantui masyarakat Islam Selatan Thai sejak sekian lama. Namun tiada langkah yang diambil oleh pemerintah sekurang-kurangnya untuk meyakinkan masyarakat Islam menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan.

Ehya El-Sunnah Muhammadiah - Samakisast Wittaya School, Sadao, Thailand